Monday, November 2, 2009

MAJLIS PENUTUPAN SIJIL HERBALIS 17




Alhamdulillah kursus sijil Herbalis 17 anjuran HPA telah pun menutup tirainya semalam. Seramai 70 org peserta dari 5 buah negara mengambil bahagian didalam kursus ini yang pertama kali menghimpunkan ahli2 dan staf dari pelbagai negara.Negara tersebut ialah Indonesia,Thailand,Cambodia,Hungray dan juga Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kursus sijil Herbalis kali ke 17 ini.

Pelbagai onak dan duri telah berlalu dalam suasana yang begitu mengharukan kepada semua peserta yang hadir bagi menjayakan majlis penutup kursus sijil Herbalis 17 ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan Omar Mokhtar yang menjadi sentimentle kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. Sedih dan pilu menyelubungi suasana dewan pada jam 3 ptg yang dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang juga merupakan rektor kepada sijil Herbalis 17 ini. Majlis dimulakan dngan bacaan Al-Quran oleh sdr Yusof dan diteruskan acara dengan sesi ucapan oleh wakil peserta dari kalangan muslimin dan muslimat.Sejurus selepas itu giliran Pengarah Urusan ,Tn Hj Ismail Hj Ahmad memberikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan sijil Herbalis ke 17 dengan tayangan Montaj dari Unit Multimedia menyusul selepas perasmian oleh Pengarah Urusan.Montaj dengan tema Di bawah Satu Cahaya,menggabungkan aspek budaya dan agama dari 5 buah negara dan tayangan slideshow telah membangkitkan seribu pengertian dan kenangan buat para peserta sepanjang program diadakan. Bab kata pepatah buang yang keroh ambillah yang jernih akan menjadi tauladan kita bersama.

Di akhir majlis penutupan ini,sesi perpisahan diadakan dengan bersalam salaman dengan semua urusetia dan pensyarah juga bersama pengarah urusan diatas pentas.Akhir kalam dari penulis Selamat Berjuang kepada semua peserta Herblis 17 yang telah berjaya bergelar perawat herbalis yang akan berjuang demi memartabatkan perubatan Thibbun nabawi ke seluruh dunia.Insyaallah.

Dipetik dari HPA Training

Thursday, October 29, 2009

LAWATAN DI PULAU TUUBA, LANGKAWI

Senaman pagi yang diketuai oleh Pengarah Urusan

Ladang sawah organik yang sedang diusahakan oleh HPA
Pengarah Urusan sedang menyampaikan kajian herba kepada peserta-peserta
Kelihatan permandangan yang cantik di perairan laut
Pensyarah / Doktor dan peserta-peserta sedang menaiki bot

Sesi pengambaran bersama Pengarah Urusan di Pulau Tuba
Peserta-peserta sedang bergambar di Jeti Kuala Perlis sambil menunggu ketibaan feri
Peserta-peserta sedang khusuk mendengar taklimat oleh Pengarah Urusan
Peserta dari kawasan Zon Timur
Permandangan yang indah di Pulau Dayang Bunting



Sesi pengambaran bersama Pengarah Urusan
Peserta-peserta Herbalis sedang menaiki bot
Suasana yang indah di tengah-tengah laut
Peserta-peserta Herbalis dibawa ke ladang sawah organik
Permandangan yang indah di sawah padi

MUKADDIMAH SIJIL HERBALIS KE 17

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan laman blog Sijil Herbalis ke 17 ini dengan cepat sekali. Semoga dengan adanya blog Sijil Herbalis ke 17 ini dapat membantu kita untuk mengetahui perkembangan-perkembangan dan juga berita-berita terkini mengikut keadaan semasa. Insya Allah....